Friday, March 9, 2007

Petua-petua kampung




CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN


1. JANGAN BERLAPAR


Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasannya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.


2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN


Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI


Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS


Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.


5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM


Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.


6. AMBIL SARAPAN PAGI


Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.


7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN


Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.


8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL


Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.


9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempahSesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam MakananBijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. Simpan Satu DiariSimpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.


18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurusRamai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


19. Cara memasakCara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.


22. Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.


23. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.


24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.


25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsingi. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihati. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lifiii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalamiv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darahv. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Thursday, March 8, 2007

Buang Bayi






Posted in Kisah Pengajaran at 9:45 am

MENYAYAT HATI… Mayat seorang bayi lelaki terdampar di atas rumput dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih 24 jam di Flat Lobak, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.


SEREMBAN 5 Feb. – Bayi siapakah ini? Kalau mereka benar-benar manusia, bayi yang cukup sempurna sifatnya ini tidak akan dibuang seperti ini.


Siapa yang melihat gambar bayi ini pasti akan berlinang air mata. Insan yang baru bernafas untuk hidup dinafikan haknya - mungkin oleh ibu yang melahirkannya sendiri.


Fenomena yang membimbangkan ini semakin menjadi-jadi.


Bayi itu ditemui terdampar di Flat Lobak di sini pagi ini, dengan kepala dan hidung yang masih berlumuran darah serta tali pusat yang masih terlekat dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih 24 jam di satu lokasi lain.


Menurut jurucakap polis, mereka percaya suspek cuba membuang bayi itu di kawasan tong sampah dan apabila bertemu dengan orang ramai yang lalu di kawasan itu, bayi itu ditinggalkan di situ sebelum suspek menghilangkan diri.


“Mayat bayi ini ditemui penduduk kira-kira 11.45 pagi dan jika dilihat pada fizikal mayat, bayi itu bukan dibuang dari tingkat atas flat berkenaan, sebaliknya ditinggalkan di situ oleh suspek.


“Keadaan mayat bayi, kita lihat sudah ada kesan biru pada kaki dan kita percaya dia meninggal lebih dari 24 jam. Mungkin, suspek cuba membuang bayi ini di tong sampah berhampiran dan tidak sempat berbuat demikian kerana kawasan itu sering kali digunakan oleh penduduk.


“Daripada pengamatan awal, kita syak bayi ini berketurunan Cina. Mayat bayi itu, kita hantar ke Hospital Tuanku Ja’afar dan bedah siasat mungkin dilakukan hari ini atau esok. Bayi itu mungkin sudah meninggal semasa dilahirkan,” katanya di sini hari ini.


Sementara itu, suasana hiba dan pilu jelas terbayang pada wajah orang ramai yang menyaksikan bayi berkenaan ketika mayatnya diangkat oleh anggota polis, malahan ada yang mengalirkan air mata melihat kekejaman yang dilakukan oleh manusia tidak bertanggungjawab itu.


Mereka berkata, ini bukan kerja manusia tetapi manusia yang bertopeng ‘binatang’.


Gan Xie Hua, berusia 50-an yang mula-mula menemui mayat bayi berkenaan berkata, dia terkejut dengan kejadian ini dan sebaik terlihat objek di atas rumput belakang flat berkenaan, hatinya sudah tergerak apa yang dilihat itu memang seorang bayi yang telah dibuang.


“Apabila saya menghampirinya, saya menggigil dan ia mayat bayi lelaki yang cukup sifat. Saya bergegas ke rumah seorang jiran dan memberitahunya. Apabila saya menjelaskan kepadanya, dia tidak percaya.


“Tetapi selepas menghampiri mayat itu, dia percaya itu adalah bayi lelaki yang sudah meninggal dunia. Kami terus menghubungi polis,” katanya.


Rahmi Bustamam, 21, yang tinggal di flat berkenaan terkejut dan kesal apabila ada manusia yang sanggup membuang bayi yang dilahirkan begitu sahaja.


“Saya sedang membasuh baju pada pukul 11.30 pagi apabila seorang jiran bergegas memaklumkan yang dia menemui seorang bayi di atas rumput, belakang flat ini.


“Apabila saya turun, saya hampir menangis apabila bayi itu cukup sifatnya, tali perut masih terlekat dan lebih menyayat hati, dia mati dan ditinggalkan di atas rumput dan sudah dihampiri lalat. Darah di muka dan hidungnya masih ada,” katanya.

Gambar Tsunami Di Acheh